Javascript is disable - http://www.webestools.com/ - Diagonal Ribbon Generator Terms and Conditions
                                                                       
                        

Next Global Resources Terms and Conditions

TERMA PENDAFTARAN
1. Proses pendaftaran domain selalunya mengambil masa 1 hingga 2 hari waktu bekerja, maksima hingga 5 hari waktu bekerja
2. Sila "open ticket" sekiranya anda tidak menerima domain selepas tempoh maksima tersebut

PEMILIHAN NAMA DOMAIN
* Nama domain yang berkaitan arak,judi,pornografi,forex,godam,pishing,perkauman,menghina agama,melanggar hakcipta dan yang melanggar hukum-hukum agama Islam tidak dibernarkan sama sekali. Kami berhak menolak nama-nama yang tidak bersesuaian mengikut penilaian kami.

PEMBAYARAN
1. Kami menerima pembayaran dari pelanggan dalam apa bentuk pemindahan atas talian (Online Bank Transfer)
2. Pembayaran haruslah di buat terlebih dahulu setelah anda membuat pesanan. pendaftran atau perkhidmatan tidak akan diproses sekiranya pembayaran tidak dibuat sepenuhnya.
3. Bukti pembayaran hendaklah disertakan setelah anda membuat pembayaran kepada pihak kami.

PERUBAHAN HARGA
1. Sebarang perubahan dan ketetapan harga adalah muktamat atas Kuasa Pihak Kami.
2. Harga yang dipaparkan dalam laman web ini adalah harga semasa bagi produk dan perkhidmtan yang kmai tawarkan.
3. Pelanggan akan diberi tahu atas sebarang perubahan harga yang telah ditetapkan.
4. Harga bagi Pendaftaran Domain dan RENEW Domain tahunan adalah berbeza.
5. Pelanggan dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pihak kami terlebih dahulu.

PEMBATALAN & PEMULANGAN WANG
1. Pihak kami akan memulangkan kembali bayaran yang telah diterima kepada pelanggan sekiranya Proses Pendaftaran domain tidak berjaya.
2. Pihak kami tidak akan mengembalikan Wang atau pembayaran yang telah dibuat sekiranya anda membuat pembatalan pendaftaran selepas kami memproses pendaftaran anda.
3. Pihak kami tidak akan memulangkan wang pendaftaran/pembaharuan yang melebihi 1-2 minggu jika pihak anda tidak memberi respon kepada pertanyaan/permintaan KedaiDomain.my.
4. KedaiDomain.my berhak untuk menamatkan akaun pelanggan pada bila-bila masa jika pelanggan didapati melanggar terma dan syarat perkhidmatan yang disediakan oleh KedaiDomain.my. Akaun pelanggan akan ditamatkan secara mendadak dan wang tidak akan dikembalikan.

MAKLUMAT PERIBADI
1. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul. sebarang penipuan adalah termaktub dalam undang-undang jual beli.
2. Maklumat peribadi pelanggan seperti Nama,Email,No HP dan lain-lain lagi hanyalah untuk keguanaan pendaftaran sahaja.
3. segala maklumat peribadi yang diperoleh dari pelanggan akan disimpan sebagai rekod shaja, maklumat tersebut tidak akan didedahkan dimana-mana atau kepada sesipa pun.

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAYAN
Pakej Hosting yang ditawarkan oleh KedaiDomain.my adalah untuk kegunaan pemilik awal sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan untuk menjual semula, menyimpan atau memberikan perkhidmatan penyewaan ruang web mereka kepada pihak lain, kecuali mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak KedaiDomain.my. KedaiDomain.my berhak untuk menarik balik perkhidmatan dan/atau capaian ke komputer pelayan mereka kepada sesiapa yang dianggap tidak perlu. Semua perkhidmatan yang disediakan oleh KedaiDomain.my hanya boleh digunakan untuk tujuan yang tidak melanggar undang-undang. Semua transmisi, penyimpanan atau persembahan sesuatu maklumat, data atau material yang melanggar undang-undang tempatan dilarang sama sekali. KedaiDomain.my juga melarang sesuatu website yang mempamerkan sebarang aktiviti haram atau bahan semasa yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada komputer pelayan KedaiDomain.my. Pautan kepada bahan-bahan tersebut juga dilarang sama sekali. Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, bahan lucah, pautan kepada website yang mempunyai bahan lucah, spam, pencerobohan atau pengodaman akan menyebabkan website anda ditutup dan semua bahan anda akan dibuang tanpa amaran. Bahan lucah tidak dibenarkan sama sekali. Bahan-bahan media yang mempunyai hakcipta seperti MP3, klip video dan sebagainya juga turut dilarang di letakkan di komputer pelayan kami.KAMI TIDAK MEMBENARKAN sebarang IRC atau bot IRC beroperasi di komputer pelayan kami. KedaiDomain.my mempunyai kuasa mutlak untuk menghukum pihak-pihak yang melanggar peraturan ini. Sila pastikan anda tidak memasukkan ("install") program-program yang berikut kedalam akaun anda :

IRC Egg Drops
The Anonymizer
UltimateBBS
Ikonboard
nph-proxy
Proxy Servers
Soap Mailers
formmail.pl
Sebarang chat skrip
Sebarang skrip autoresponder

POLISI KEGUNAAN SUMBER YANG TINGGI
Sumber adalah bermaksud penggunaan cpu dan/atau manipulasi sumber. KedaiDomain.my mungkin menggunakan polisi yang berikut mengikut pertimbangan yang mutlak.Jika sesuatu website didapati memonopoli sesuatu sumber yang ada, KedaiDomain.my berhak untuk mengantung atau menamatkan akaun tersebut secara tiba-tiba. Polisi ini akan berkuatkuasa bagi mencegah penyalahgunaan komputer pelayan kami atau pada situasi yang melampau. Pelanggan boleh menaiktaraf pakej hosting mereka dengan bayaran tambahan.

Semua akaun yang diwujudkan adalah berdasarkan prabayar. KedaiDomain.my berhak mengubah harga bagi akaun atau perkhidmatannya pada bila-bila masa. Pembayaran pra akan tamat pada setiap tahun yang berikutnya dari tarikh akaun tersebut diwujudkan. KedaiDomain.my berhak mengantung perkhidmatannya sehingga jumlah bayaran tertunggak dijelaskan oleh pelanggan. Semua inbois akan dihantar terus kepada pelanggan menerusi email selepas pembelian diatas talian dilakukan.

CUSTOMER SUPPORT
KedaiDomain.my menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan-pelanggan kami terhadap sebarang masalah teknikal berkaitan nama domain atau webhosting. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

KedaiDomain.my berhak untuk menolak memberikan layanan yang diminta oleh pelanggan dengan atau tanpa alasan. Untuk setiap layanan yang diberikan, dikenakan bayaran atau tidak dikenakan bayaran, KedaiDomain.my tidak akan bertanggung jawab terhadap semua hal-hal lain yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung.

GANTIRUGI
Pelanggan bersetuju untuk menanggung risiko mereka sendiri apabila menggunakan semua perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh KedaiDomain.my. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengantirugi, menyelamatkan serta mempertahankan KedaiDomain.my daripada menerima akibat dari apa jua permintaan, liabiliti, kehilangan, tuntutan kos, termasuk yuran peguam yang mendakwa agen kami, pelanggan kami, pegawai serta kakitangan kami, yang disebakan oleh sebarang perkhidmatan kami atau penyampaian atau perjanjian untuk menyampaikan atau sebarang produk/perkhidmatan yang dijual oleh pelanggan, ejen, kakitangan stau sesiapa yang dilantik. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengantirugi dan menyelamatkan KedaiDomain.my, daripada liabiliti yang wujud seperti; (1) sebarang kecederaan kepada seseorang atau harta benda yang disebabkan oleh sebarang produk yang dijual atau diedarkan melalui komputer pelayan KedaiDomain.my; (2) sebarang pembekalan material yang melanggar hak cipta pihak ketiga dari pelanggan. (3) perlanggaran hakcipta (4) sebarang produk/perkhidmatan cacat yang dijual oleh pelanggan melalui komputer pelayan KedaiDomain.my.

POLISI SPAM
KedaiDomain.my komited terhadap polisi anti-spam. Dibawah polisi ini, kami melarang spam, atau sebarang email komersial yang tidak diundang, dihantar melalui rangkaian KedaiDomain.my oleh pelanggan atau sesiapa yang menjadi pengguna kepada KedaiDomain.my termasuk pelanggan kepada pelanggan kami. Kami berhak menamatkan perkhidmatan pelanggan yang melanggar polisi ini tanpa sebarang notis pemberitahuan. Penghantaran email komersial yang tidak diundang, penghantaran mesej yang terlalu banyak kepada kumpulan usenet, mesej lucah, mesej mengugut yang dihantar melalui alamat email atau web KedaiDomain.my adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau komen mengenai spam melalui rangkaian kami, sila sila emailkan kepada kedaidomain@yahoo.com.

PENAFIAN
KedaiDomain.my tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kerosakan yang menyebabkan kehilangan perniagaan anda sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma dan Syarat Kami, sila hantarkan email kepada kedaidomain@yahoo.com.

PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
KedaiDomain.my berhak mengubah polisi ini pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang notis.

LAIN-LAIN TERMA
Harga pembaharuan domain .my yang didaftarkan sebelum 25 Januari 2014 adalah RM50 sahaja kerana ia didaftarkan di bawah Program "I Am Youth" manakala untuk domain yang didaftarkan selepas tarikh tersebut adalah seperti biasa(Harga tertakluk pada perubahan)