Javascript is disable - http://www.webestools.com/ - Diagonal Ribbon Generator Privacy policy
                                                                       
                        

Next Global Resources Privacy policy

Dalam usaha untuk melindungi privasi dan hak para pelanggan dan pengunjung laman web kami, KedaiDomain.my telah menubuhkan Dasar Privasi yang menjelaskan maklumat yang kami kumpulkan semasa pengunjung melayari laman web dan apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami kumpul. Dasar Privasi ini mentadbir cara di mana KedaiDomain.my mengumpul, menggunakan, mengekalkan dan mendedahkan maklumat yang dikumpul dari pengguna laman web ini (masing-masing "Pengguna").

Privasi
Privasi dari para pengguna adalah sangat penting bagi KedaiDomain.my. Kami komited untuk melindungi dan merahsiakan segala maklumat peribadi pengguna yang diberikan kepada KedaiDomain.my.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan
KedaiDomain.my mengumpul maklumat peribadi pengguna melalui borang online untuk memesan produk dan perkhidmatan. Kami juga boleh mengumpul maklumat tentang bagaimana pengguna menggunakan laman web kami, sebagai contoh, dengan mengesan jumlah kunjungan unik yang diterima oleh mana-mana halaman dari laman web atau domain dari mana pengguna berasal. Kami menggunakan "cookies" untuk mengesan bagaimana pengguna menggunakan laman web kami.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat
KedaiDomain.my boleh menggunakan maklumat peribadi yang dikumpul melalui laman web kami untuk menghubungi pengguna mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KedaiDomain.my dan sekutu yang dipercayai, kontraktor independen dan rakan kongsi perniagaan. Maklumat peribadi pengguna tidak akan pernah dijual kepada mana-mana individu atau entiti untuk tujuan pemasaran atau mailing list. Maklumat peribadi tidak akan dijual atau dipindahkan kepada rakan kongsi perniagaan kami tanpa persetujuan anda, kecuali bahawa kami akan mendedahkan maklumat yang kami kumpulkan kepada badan atau pihak ketiga, berdasar itikad baik kami, bila-bila masa dikehendaki oleh undang-undang.