How to modify Nameservers
Untuk pengetahuan anda, Mynic telah menukar cara tetapan DNS. Tetapan DNS kali ini menggunakan TAC number dimana semasa membuat penukaran DNS , TAC number dihantar ke nombor telefon anda.
Berikut merupakan langkah-langkah penukaran DNS :
Langkah 1. Pastikan "Technical Contact Code" adalah menggunakan code anda sendiri, code anda boleh didapati di dalam email yang dihantar oleh Mynic kepada anda atau code ini boleh didapati dengan cara mengimbas maklumat domain anda di laman web Mynic ini http://whois.domainregistry.my/index.jsp (Lihat pada bahagian "Registrant/Administrative Code") . Jika anda dapati "Technical Contact Code" domain anda adalah dibawah pengurusan syarikat yang anda daftar atau lain-lain contact code , anda perlu menukar kepada contact code anda dengan cara merujuk video panduan ini https://www.youtube.com/watch?v=3HBmi0hCDbA
Langkah 2. Setelah selesai langkah 1 , anda perlu login akaun Mynic anda di sini http://bit.ly/LoginMynic dan daftarkan nombor telefon anda , rujuk gambar ini : http://bit.ly/RegMobi
Langkah 3. Setelah selesai langkah 2 , Sila rujuk video ini untuk meneruskan proses penukaran DNS : https://www.youtube.com/watch?v=piJ_HQSyu8Y
Terima kasih.